71 juta orang jatuh miskin akibat kenaikan kos sara hidup

71 juta orang jatuh miskin akibat kenaikan kos sara hidup

SEORANG wanita berjalan atas timbunan tayar ketika melintasi terusan air yang dicemari sampah di kawasan setinggan di Freetown, Sierra Leone. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Peningkatan kadar inflasi menyebabkan 71 juta orang di negara membangun terheret ke dalam kancah kemiskinan sejak Mac 2022.

Agensi berita Xinhua yang memetik laporan dikeluarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) melaporkan, inflasi yang melonjak tinggi dan kemungkinan peningkatan kadar faedah dijangka memburukkan lagi krisis, sekali gus menambah dan mempercepatkan kemiskinan di seluruh dunia.

Rizab fiskal yang berkurangan, hutang kerajaan yang tinggi dan peningkatan faedah dalam pasaran kewangan global menyaksikan negara membangun berdepan cabaran yang memerlukan perhatian antarabangsa.

Analisis yang dilakukan terhadap 159 negara di seluruh dunia menunjukkan kenaikan harga dalam komoditi utama sudah pun memberi kesan segera dan menjejaskan isu rumah miskin.

Kawasan yang paling terjejas dengan krisis itu termasuk di Balkan, negara di rantau Laut Caspian dan sub Sahara Afrika.

“Kenaikan harga yang belum pernah berlaku sebelum ini menyebabkan banyak orang di seluruh dunia semakin sukar membeli makanan untuk keluarga mereka.

“Krisis kos sara hidup ini mengheret jutaan orang ke dalam kancah kemiskinan dan kebuluran yang kritikal,” kata Pentadbir UNDP, Achim Steiner.

Masalah kos sara hidup juga menyebabkan kesulitan kepada penggubal dasar, terutamanya di negara yang lebih miskin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya