31 maut pertempuran antara dua puak di Sudan - Utusan Malaysia

31 maut pertempuran antara dua puak di Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 31 orang maut dalam pertempuran antara dua puak di Blue Nile di Sudan.

Lapor Al Jazeera, menurut jawatankuasa keselamatan negeri, pertempuran berterusan turut menyebabkan puluhan keluarga melarikan diri dari kawasan itu.

Sekurang-kurangnya 39 orang cedera dan puluhan premis perniagaan dibakar di bandar Roseires sejak pertempuran meletus Isnin lalu berhubung pertikaian tanah antara puak Berti dan Hawsa.

Jawatankuasa Doktor Sudan memaklumkan pertempuran berterusan hingga petang Sabtu walaupun lebih banyak anggota tentera ditempatkan di wilayah itu.

“Kita memerlukan lebih ramai tentera untuk mengawal keadaan,” kata pegawai tempatan, Adel Agar dari bandar Al-Roseires.

Beliau juga menggesa agar pihak tengah tampil meredakan ketegangan yang mengakibatkan ramai orang terkorban dan cedera.

Menurut Jawatankuasa Doktor Sudan, lebih ramai mangsa cedera dibawa ke hospital di tengah-tengah kekurangan ubat dan usaha menyelamatkan nyawa di wilayah tersebut.

Jawatankuasa itu turut menggesa pihak berkuasa di Khartoum membantu memindahkan mangsa tercedera untuk rawatan lanjut.

Jumaat lalu, Gabenor Blue Nile, Ahmed al-Omda mengeluarkan perintah melarang sebarang perhimpunan atau perarakan selama sebulan serta perintah berkurung dikuatkuasa pada Sabtu.

Kerajaan tempatan mengerahkan tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di wilayah itu.

Sementara itu, menurut beberapa saksi, pertempuran sambung semula berhampiran wilayah Al-Damazin selepas reda seketika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya