3 maut, 2 cedera insiden tembakan di universiti Filipina - Utusan Malaysia

3 maut, 2 cedera insiden tembakan di universiti Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Tiga orang maut manakala dua lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah majlis konvokesyen universiti di wilayah ibu negara Filipina.

Ketua Polis Daerah Bandar Quezon, Remus Medina berkata, mangsa yang maut turut membabitkan seorang bekas datuk bandar dari selatan negara itu.

Kata Medina, insiden tembakan itu sebenarnya merupakan pembunuhan yang menyasarkan bekas datuk bandar Lamitan, Rose Furigay.

Suspek yang cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan pegawai keselamatan kampus universiti, berjaya ditahan selepas cuba melarikan diri.

Katanya, suspek kini berada dalam tahanan dan sedang disoal siasat.

“Dia kelihatan seperti seorang pembunuh,” katanya sambil menambah dia turut menemukan suspek bersama dua pistol.

Dalam pada itu, Medina memaklumkan Furigay ditembak ketika menghadiri majlis konvokesyen anak perempuannya di sekolah undang-undang Universiti Ateneo de Manila.

Jelas beliau, dua lagi individu terbunuh merupakan pegawai keselamatan kampus dan pembantu eksekutif Furigay.

“Anak perempuan Furigay yang sepatutnya menghadiri majlis itu, cedera dan telah dibawa ke hospital,” katanya.

Pihak pengurusan universiti membatalkan majlis konvokesyen selepas insiden tembakan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya