100,000 jemaah dihalang masuk Mekah

100,000 jemaah dihalang masuk Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Pihak berkuasa Arab Saudi menghalang hampir 100,000 jemaah yang menaiki lebih 69,000 kenderaan daripada memasuki kota Mekah.

Daripada jumlah itu, pihaknya menahan dan mendenda hampir 300 individu yang dikesan cuba menunaikan haji tanpa permit.

Ketika ini, kerajaan Arab Saudi bersiap sedia menerima kedatangan sejuta jemaah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Ketua Keselamatan Haji, Leftenan Jeneral Mohammed al-Basami berkata, kira-kira 288 penduduk ditangkap kerana melanggar peraturan haji dan masing-masing didenda 10,000 riyal (RM11,760).

Jelasnya, pihak keselamatan melaksanakan kawalan ketat di bandar paling suci bagi umat Islam.

Seramai sejuta jemaah termasuk 850,000 jemaah dari luar negara dibenarkan menunaikan haji tahun ini, selepas jumlah jemaah dihadkan secara drastik selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.

Tahun ini, ibadah haji mencatatkan jumlah kehadiran jemaah terbesar selepas wabak melanda.

Sehingga kini, dilaporkan 650,000 jemaah sudah tiba di Arab Saudi bagi melaksanakan rukun haji.

Ibadah haji secara rasmi bermula pada Rabu, namun pada Isnin, jemaah sudah mula melakukan ibadah termasuk tawaf mengelilingi Kaabah.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya