Wartawan India ditahan polis kritik Perdana Menteri

Wartawan India ditahan polis kritik Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Polis di India menahan seorang lelaki yang merupakan pengasas bersama laman web, AltNews kerana kelantangan dirinya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi.

Lapor BBC, Mohammed Zubair dituduh menghina kepercayaan beragama dalam Twitter.

Pemimpin pembangkang dan wartawan mengutuk penahanan itu kerana secara jelas kerajaan nasionalis Hindu cuba menghalang individu dengan alasan menyebarkan kata-kata berbaur penghinaan.

Baru-baru ini, Mohammed mengkritik ucapan jurucakap parti kerajaan Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad SAW semasa siaran debat di televisyen.

Ciapan lelaki itu tersebar meluas sehingga mencetuskan protes besar-besaran di beberapa negara Islam.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kenyataan yang dimuat naik oleh Mohammed menarik perhatian nasionalis Hindu sehingga menuntut dia didakwa kerana menyinggung perasaan penganut agama lain.

Mohammad ialah wartawan terkenal di India dan mengasaskan laman web tersebut bersama bekas jurutera, Pratik Sinha pada 2017.

Laman web tersebut menjadi terkenal dengan sangat cepat kerana usaha gigihnya memerangi maklumat salah dan berita palsu di negara ini.

Semakan fakta daripada AltNews sering dikongsikan oleh wartawan itu di Twitter yang mempunyai lebih setengah juta pengikut.

Minggu lalu, dia menyiarkan emel dari Twitter yang mengatakan laman media sosial itu menerima permintaan daripada pihak kerajaan yang mendakwa akaunnya melanggar undang-undang India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya