Udang galah jadi mas kahwin

Udang galah jadi mas kahwin

MAJLIS pernikahan melibatkan enam pasangan menyediakan udang galah sebagai mas kahwin di Pantai Krakal.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Selain cincin perak, udang galah turut menjadi mas kahwin dalam acara pernikahan melibatkan enam pasangan pengantin di kawasan Pantai Krakal, Tunjungsari, Gunungkidul.

Lapor Kompas.com, proses pernikahan tersebut dimulakan dengan tarian nirboyo dan gambyong. 

Difahamkan, pasangan pengantin turut menaiki jip semasa datang ke lokasi tersebut. 

Timbalan Bupati Gunungkidul, Heri Susanto turut hadir ke upacara yang penuh kelainan itu.  

Katanya, acara itu boleh dijadikan sebagai bentuk promosi pelancongan dan menunjukkan kawasan Gunungkidul adalah selamat dan selesa dikunjungi. 

“Saya terkejut pada mulanya selepas diminta menjadi saksi. Saya gembira kerana acara ini berjalan dengan baik,” katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Froum Taaruf Indonesia, Ryan Budi Nuryanto berkata, acara pernikahan melibatkan enam mempelai itu bertepatan dengan Hari Laut Sedunia. 

Selain laut, katanya, udang galah goreng dihadirkan sebagai simbol peringatan sekali gus menjadi mahar bagi setiap pasangan. 

Dwi Retno Ayuningsih yang bernikah dengan Agus Widodo melahirkan keterujaan kerana menjadi antara pasangan pengantin yang diraikan dalam majlis yang penuh keunikan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya