Sepasang kucing bertemu jodoh, diraikan dalam majlis 'akad nikah'

Sepasang kucing bertemu jodoh, diraikan dalam majlis ‘akad nikah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Sekumpulan penduduk di kota Aden, Yemen menganjurkan majlis perkahwinan antara dua kucing lengkap dengan kehadiran saksi sekali gus mencatatkan sebagai majlis perkahwinan paling aneh.

Proses perkahwinan dua kucing tersebut seakan-akan menyerupai prosedur perkahwinan manusia yang siap dengan pakej jemputan dan sorakan tetamu yang hadir.

Majlis tersebut turut dirakam oleh penduduk di sana yang menunjukkan situasi perkahwinan kucing tersebut di daerah Al-Mualla.

Menerusi rakaman itu, seorang lelaki dilihat memegang sehelai kertas dan membacakan butiran kontrak perkahwinan antara kedua-dua pasangan ‘mempelai’.

Selepas kontrak dibacakan, lelaki tersebut menandatangani dan mengambil cap jari kedua-dua kucing serta mengecop dokumen sebagai tanda persetujuan.

Saksi yang ditemui berkata, majlis itu didahului dengan edaran kad jemputan rasmi kepada kenalan terdekat.

Difahamkan, jemputan majlis tersebut terdiri daripada penduduk yang berada di kawasan tersebut serta individu yang mempunyai jawatan yang tinggi dalam masyarakat.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya