Ryanair dituduh diskriminasi penumpang Afrika

Ryanair dituduh diskriminasi penumpang Afrika

RYANAIR didakwa melakukan diskriminasi selepas mewajibkan penumpang warga Afrika Selatan menduduki ujian dalam bahasa Afrikaans. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ryanair didakwa melakukan diskriminasi selepas mewajibkan penumpang dari Afrika Selatan menduduki ujian dalam bahasa Afrikaan sebelum dibenarkan menaiki pesawat di United Kingdom (UK) dan Eropah.

Lapor Daily Mail, syarikat penerbangan itu turut memaklumkan bahawa pemegang pasport warga Afrika Selatan akan dilarang menaiki pesawat sekiranya gagal melengkapkan ujian soal selidik berkenaan.

Afrikaan merupakan bahasa ketiga paling banyak dituturkan di negara itu dan sering dipaksa ke atas warga kulit hitam Afrika Selatan semasa era apartheid.

Ryanair menjalankan ujian demikian bagi menangani masalah pasport palsu Afrika Selatan yang semakin tinggi.

Seorang penumpang yang diminta mengambil ujian soal selidik itu berkata, dasar diamalkan oleh Ryanair adalah apartheid 2.0.    

“Ia merupakan penindasan dan diskriminasi yang teruk,” katanya kepada stesen radio Afrika Selatan.

Seorang lagi penumpang yang kecewa, Zinhle Novazi menyifatkan dasar syarikat penerbangan itu `sangat terkecuali’ daripada individu lain.

“Saya tidak biasa bertutur dalam bahasa Afrikaan tetapi terpaksa mengambil ujian supaya boleh menaiki penerbangan dari Ibiza.

“Ia sudah pasti sama dengan diskriminasi kaum,” katanya.

Sementara itu, Financial Times melaporkan ujian soal selidik syarikat penerbangan itu mempunyai 15 soalan serta didakwa mengandungi beberapa kesalahan ejaan dan tatabahasa.

Antara soalan tertera dalam ujian itu adalah nama gunung tertinggi di Afrika Selatan dan nama presiden negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya