Ribuan penduduk larikan diri dari serangan di Mozambique - Utusan Malaysia

Ribuan penduduk larikan diri dari serangan di Mozambique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMBA: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam siri keganasan yang berlaku di utara Mozambique.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 10,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat keganasan dicetuskan oleh kumpulan penyerang.

Serangan berlaku di wilayah Cabo Delgado, lokasi kumpulan penyerang melancarkan serangan berdarah pada 2017 sehingga mencetuskan operasi ketenteraan tahun lalu.

Seorang penduduk dikenali sebagai Antonio Kalimuka mendakwa kumpulan penyerang memenggal kepala empat orang di perkampungan Natupile.

“Penduduk Natupile mempunyai bukti gambar, jadi kami tahu insiden itu berlaku.

“Saya bersama keluarga berjaya melarikan diri namun tidak sempat menuai padi. Saya perlu pulang semula setelah keadaan selamat,” katanya.

Sementara itu, syarikat Triton Minerals memaklumkan kumpulan penyerang membunuh dua pekerja di lombong grafit miliknya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya