Polis siasat insiden 21 remaja bawah umur maut di kelab malam - Utusan Malaysia

Polis siasat insiden 21 remaja bawah umur maut di kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST LONDON: Sekurang-kurangnya 21 remaja bawah umur maut dikhuatiri akibat minum alkohol di sebuah kelab di Afrika Selatan, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa wilayah Eastern Cape, lapan kanak-kanak perempuan dan 13 lelaki ditemukan maut di kelab berkenaan yang terletak di sebuah kawasan perumahan.

Pihak berkuasa melaporkan, 17 daripada 21 mangsa terbabit ditemukan mati di lokasi manakala selebihnya meninggal dunia di hospital.

Pegawai keselamatan, Unathi Binqose, berkata mereka dipercayai meraikan tamat peperiksaan pada malam berkenaan, berdasarkan kain selempang dan rambut palsu yang ditemui di lokasi.

“Tiada kesan luka pada mayat dan bedah siasat akan menentukan sama ada kematian itu boleh dikaitkan dengan keracunan alkohol,” katanya yang turut menolak dakwaan rempuhan sebagai punca kematian.

Sementara itu, Ketua Polis, Bheki Cele, yang mengunjungi bilik mayat menempatkan mangsa, berkata ia satu tragedi yang menyedihkan kerana semua mangsa masih sangat muda,” katanya kesedihan selepas keluar dari bilik mayat.

Minuman alkohol hanya dibenarkan untuk individu berusia 18 tahun ke atas, bagaimanapun peraturan keselamatan dan undang-undang di kelab di kawasan perumahan itu tidak begitu ketat.

Dalam pada itu, Presiden Cyril Ramaphosa, yang menghadiri sidang kemuncak G7 di Jerman, mengucapkan takziah dan turut menyuarakan kebimbangan berkenaan peraturan tidak ketat itu.

Susulan itu, pihak berkuasa mempertimbangkan sama ada akan menyemak semula peraturan pelesenan minuman keras.

Pemilik kelab, Siyakhangela Ndevu, berkata beliau tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku kerana amaran sudah diberi bahawa premis itu sudah penuh, namun masih ada yang tetap keluar masuk.

Agensi pelesenan minuman keras serantau berkata, ia sedang mempertimbangkan pembatalan lesen kedai itu dan mengenakan pertuduhan jenayah terhadap pemiliknya kerana melanggar undang-undang melarang penjualan alkohol kepada remaja bawah 18 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya