Pesakit Covid-19 di Singapura kurang yakin dengan pil Paxlovid - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 di Singapura kurang yakin dengan pil Paxlovid

STOK ubat Paxlovid bagi merawat jangkitan Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Tidak ramai pesakit yang ingin ambil pil Covid-19 yang baru sahaja diluluskan, menurut sekurang-kurangnya dua klinik.

Setakat ini, tidak ramai pesakit yang layak untuk menerima pil antivirus Paxlovid itu, tetapi antara mereka yang layak, sesetengahnya menolak tawaran tersebut.

Lapor Berita Mediacorp, sebilangan pesakit memaklumkan mereka tidak perlu mengambil pil tersebut kerana hanya mengalami gejala ringan, manakala ada pula yang mengalami kesan sampingan.

“Seorang daripada pesakit saya mengalami cirit-birit, iaitu salah satu kesan sampingan yang biasa berlaku setelah mengambil ubat ini.

“Selepas itu, saya bercakap dengannya menerusi panggilan telefon, tiada demam, tiada sakit perut, tiada apa-apa yang kelihatan serius. Dan selepas beberapa hari, dia juga pulih. Justeru, kami agak berpuas hati dengan pil tersebut,” kata Dr. Moses Loh, seorang doktor keluarga di Loh & Loh Clinic & Surgery.

Singapura memberikan kelulusan sementara bagi Paxlovid pada Januari, dan pada April, meluluskan pil antivirus kedua, iaitu Molnupiravir.

Klinik Dr. Loh menerima sekitar 20 pesakit Covid-19 setiap hari, tetapi hanya menawarkan Paxlovid itu kepada tiga pesakit sahaja setakat ini.

Sebuah lagi klinik, Chua Medical, pula memberikan pil Paxlovid kepada 12 pesakit sejak April lalu dan menyatakan bahawa stok pil itu masih diperlukan.

“Memandangkan sempadan negara dibuka semula, lebih ramai orang akan melakukan perjalanan ke luar negara.

“Terdapat pesakit yang sudah divaksin sekitar enam dan tujuh bulan lalu dengan satu ataupun dua dos penggalak, dan saya rasa mereka mungkin berdepan dengan risiko jangkitan Covid-19, terutama sekali warga emas.

“Oleh itu, ada sebab untuk kami menyimpan stok yang mencukupi,” kata Dr. Chua Guan Kiat di klinik berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya