Pengganti McDonald’s Russia dedah logo baharu  - Utusan Malaysia

Pengganti McDonald’s Russia dedah logo baharu 

LOGO baharu rangkaian restoran makanan segera yang menggantikan McDonald's di Russia. - MOSKVA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sebuah rangkaian restoran makanan segera yang menggantikan McDonald’s di Russia, tampil mendedahkan logo baharu menjelang pembukaan premisnya secara besar-besaran.

Lapor The Guardian, tarikh pembukaan rangkaian restoran itu ditetapkan pada 12 Jun bersempena Hari Russia iaitu hari kemerdekaan negara berkenaan.

Malah, rangkaian restoran itu akan dibuka di Dataran Pushkin, lokasi sama McDonald’s pertama kali beroperasi di Russia pada tahun 1990.

Lebih 1,000 bekas pekerja McDonald’s di Russia akan bekerja dengan rangkaian restoran baharu itu akibat sekatan dikenakan oleh Barat ke atas aktiviti ekonomi republik itu.

Menurut laporan, logo baharu itu menampilkan gabungan burger dan dua kentang goreng yang kelihatan seperti huruf M.

Setakat ini, nama jenama rangkaian restoran baharu itu masih belum didedahkan.

Beberapa pengkritik menyifatkan logo baharu itu menyamai logo rangkaian hotel Marriott yang beroperasi di Russia.

Seorang pengguna media sosial menggambarkannya sebagai `logo hotel Marriott bersilang dengan bendera Bangladesh’.

Sementara itu, agensi berita RIA Novosti melaporkan aplikasi McDonald’s di Russia dinamakan semula sebagai My Burger.

Media melaporkan ia merupakan nama sementara rangkaian restoran itu bagi mematuhi peraturan untuk mengeluarkan jenama McDonald’s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya