ARIZONA: Sebuah restoran popular di Scottsdale, Arizona mendapat perhatian ramai kerana menawarkan pengunjung menjilat dinding restoran yang dibuat dari garam himalaya.
Lapor Oddity Central, restoran The Mission sudah melaksanakan perkara itu sejak 17 tahun lalu.
Restoran yang terletak di bandar lama itu dikenali dengan hidangan lazat dan dinding garam berwarna merah muda yang dibina di sekitar bahagian dapur.
Ketua chef yang bertanggungjawab membawa garam himalaya itu berkata, cara itu bagi menambah suasana keseluruhan tempat dan memberi pelanggan peluang baharu menikmati minuman tequila di restoran tersebut.
“Menghisap jeruk nipis, menjilat dinding dan menikmati minuman tequila adalah pilihan yang disediakan kepada pelanggan.
“Orang lain mungkin menilai cara tersebut sangat menjijikkan. Namun, garam Himalaya memiliki sifat membersihkan diri dan pekerja restoran juga mengelap dinding Himalaya itu setiap hari,” katanya.
Garam Himalaya merupakan antara garam paling terbaik di dunia kerana memiliki kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan.