Peguam akui Heard tidak mampu bayar ganti rugi kepada Depp

Peguam akui Heard tidak mampu bayar ganti rugi kepada Depp

AMBER HEARD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RICHMOND: Pelakon, Amber Heard tidak mampu membayar ganti rugi sebanyak AS$8.35 juta (RM36 juta) kepada bekas suaminya, Johnny Depp berhubung kes saman fitnah yang dibicarakan selama enam minggu di Mahkamah Circuit di daerah Fairfax.

Lapor Daily Mail, Peguam Elaine Charlson Bredhoft yang mewakili defendan berkata, dia juga tidak berpuas hati dengan keputusan juri yang disifatkan telah dipengaruhi oleh pendapat umum termasuk perbincangan dalam media sosial.

Jelasnya, dia mempunyai sejumlah besar bukti yang ditindas dalam perbicaraan kes yang menampilkan keterangan daripada 62 saksi.   

“Ia adalah mesej yang mengerikan dan satu bentuk kemunduran yang ketara. Melainkan anda mengeluarkan telefon dan merakam pasangan memukul anda baru akan dipercayai. 

“Tidak mungkin mereka tidak boleh dipengaruhi. Kes ini seperti Coliseum Rom bagaimana mereka melihat keseluruhan kes ini,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Today Show. 

Khamis lalu, juri memutuskan berpihak kepada plaintif dalam kes saman fitnah yang difailkan pelakon Pirates of The Caribbean.    

Defendan didakwa memfitnah Depp menerusi artikel yang disiarkan dalam The Washington Post dan diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65.8 juta). 

Pelakon Aquaman itu juga diarahkan membayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$10 juta (RM43.9 juta), serta ganti rugi plaintif AS$5 juta (RM21.9 juta) kepada bekas suaminya. 

Ditanya sama ada keputusan itu menunjukkan juri tidak mempercayai keterangan Heard, Bredhof menjawab beberapa perkara dibenarkan di mahkamah yang tidak sepatutnya dibenarkan sehingga menyebabkan juri keliru. 

“Saya lebih kecewa dengan keputusan ini bagi wanita lain. Ia membuang masa seorang wanita yang tampil bersuara dan boleh dimalukan secara terbuka. 

“Keputusan itu mengenepikan idea bahawa keganasan terhadap wanita perlu dipandang seirus,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya