Pakai 5kg barang kemas setiap hari - Utusan Malaysia

Pakai 5kg barang kemas setiap hari

DO NGOC THUAN menunjukkan barangan kemas seberat lima kilogram yang dipakainya hampir setiap hari. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HO CHI MINH: Seorang pemilik gerai makanan di Vietnam menjadi popular selepas berjalan sekitar bandar itu, sambil memakai barangan kemas seberat lima kilogram (kg) hampir setiap hari.

Memetik laporan Oddity Central, Do Ngoc Thuan atau dikenali sebagai Seven Ball berkata, dia mula meminati barang kemas sejak kecil lagi.

Katanya, ketika dewasa, dia membeli perhiasan barang kemas untuk dirinya dan memakainya sambil bersiar-siar di sekitar jalan di bandar Ho Chi Minh.

Jelas Thuan, dia berasa obses untuk mengumpul lebih banyak barang kemas selepas ramai yang memperhatikan perhiasan yang dipakainya apabila berada di tempat awam.

Katanya, setelah membuka gerai makanan di Ho Chi Minh, dia mengenakan sejumlah besar perhiasan barangan kemas pada dirinya untuk menarik lebih banyak pelanggan.

Malah, Thuan berjaya meraih banyak perhatian dalam media sosial.

Ketika ini, Thuan memakai 10 bentuk cincin, 30 utas gelang dan lebih 12 utas rantai emas tebal setiap kali dia keluar bersiar-siar atau ke gerainya.

Jumlah itu tidak termasuk anting-anting emas, gelang kaki serta cincin yang dipakai pada jari kakinya.

Thuan mengaku mula memakai sejumlah besar barang kemas sejak 2008 dan pernah dirompak sebanyak dua kali.

Walaupun mengalami kejadian itu, Thuan berkata, dia hanya mengupah pengawal peribadi apabila keluar dari bandar kerana semua penduduk di Ho Chi Minh mengenalinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya