Lelaki sumbat wayar dalam alat kemaluan     - Utusan Malaysia

Lelaki sumbat wayar dalam alat kemaluan    

KEPUTUSAN X-ray menunjukkan wayar (tengah) berada di dalam uretra lelaki itu. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan wayar sepanjang 18 sentimeter (cm) dari alat kemaluan seorang warga emas yang memasukkan objek itu dengan sendiri bagi membolehkannya membuang air kecil.

Memetik laporan Daily Mail, lelaki berusia 64 tahun dari Pakistan, memasukkan wayar berkenaan ke dalam uretranya namun ia tersangkut.

Menurut doktor di Hospital Abbasi Shaheed di Karachi, lelaki itu berbuat demikian kerana tidak dapat buang air kecil.

“Warga emas itu mengalami kesakitan dan kesukaran untuk kencing selama dua bulan sebelum bertindak memasukkan wayar tersebut,” katanya.

Berdasarkan jurnal Urology Case Reports, kumpulan doktor itu menyatakan mereka dapat merasakan wayar di dalam alat kemaluan lelaki tersebut ketika melakukan prosedur rawatan untuk mengeluarkannya.

Hasil keputusan ujian X-ray menunjukkan wayar itu sudah memasuki sehingga ke bahagian uretra lelaki itu untuk mencapai pundi kencingnya.

Kumpulan doktor itu pada asalnya bercadang memasukkan kamera ke dalam uretra lelaki itu untuk memeriksa wayar tersebut.

Bagaimanapun, mereka dapat melihat wayar itu apabila memeriksa meatus lelaki itu.

Doktor kemudian menarik keluar objek itu dengan menggunakan forsep.

Tambah doktor, pesakit tidak mengalami komplikasi seperti pendarahan atau kecederaan selepas wayar itu dikeluarkan.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya