Lelaki hebat ketuk kepala buaya guna kuali

Lelaki hebat ketuk kepala buaya guna kuali

TINDAKAN berani seorang lelaki menghalau buaya dengan mengetuknya menggunakan kuali di Australia.-FB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DARWIN: Seorang pemilik pub bertindak berani apabila mengetuk kepala buaya dengan kuali selepas reptilia itu membaham anjing peliharaannya di Northern Territory, Australia. 

Lapor Daily Mail, aksi berani itu berjaya dirakamkan di rumah persinggahan di Pulau Goat apabila Kai Hansen melakukan dua ketukan terhadap buaya sepanjang 2.5 meter.

Hansen berkata, dua pukulan itu sudah cukup menyebabkan reptilia itu berpatah balik ke dalam air. 

“Sekurang-kurangnya saya dapat memastikan keadaan sudah selamat dan melakukan apa yang termampu. 

“Tiada sesiapa yang tercedera dan buaya itu mendapat pengajaran yang berguna,” katanya. 

Menurut Hansen, insiden itu bermula selepas buaya itu berkeliaran terlalu dekat dengan tempat percutian itu dan bertukar menjadi agresif. 

Lelaki itu kemudian nekad turun ke sungai dengan hanya berbekalkan kuali bagi memastikan laluan yang selamat kepada pengunjung. 

Difahamkan, kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku kerana pada 2018, anjing peliharaan miliknya yang lain dibaham oleh buaya sepanjang tiga meter di Sungai Adelaide. 

Walaupun reptilia itu boleh memberikan ancaman pada bila-bila masa, Hansen berkata, dia langsung tidak gentar. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya