Kim Kardashian sanggup makan najis untuk kekal cantik

Kim Kardashian sanggup makan najis untuk kekal cantik

KIM KARDASHIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon Hollywood, Kim Kardashian memberitahu dia sanggup makan najis ‘setiap hari’ sekiranya cara itu dapat mengekalkan penampilannya yang sentiasa kelihatan awet muda.

Baginya, dia berpegang kepada prinsip ‘seseorang mesti sanggup menderita hanya kerana ingin menjadi cantik’.

Bintang realiti berusia 41 tahun itu dilaporkan menceburkan diri dengan beberapa rejim unik selama ini dan kini sedang giat mempromosikan rangkaian penjagaan kulit baharu, SKKN.

Model yang mempunyai 190 juta pengikut di Instagram mendedahkan sejauh mana dia sanggup lakukan sesuatu perkara atas nama kecantikan.

“Jika anda beritahu saya perlu makan najis setiap hari dan dapat kelihatan lebih muda, sudah tentu saya sanggup,” katanya kepada New York Times.

Kenyataan berani mati itu mengundang kontroversi dalam media sosial kerana ini bukan kali pertama dia melakukan sesuatu yang berani.

Seorang pengguna menyifatkan kenyataan selebriti yang berasal dari Los Angeles itu sebagai tidak masuk akal.

“Tiada sesiapa yang memaksa dia untuk bercakap demikian. Dia sendiri yang memilih untuk membuat pengumuman itu di seluruh dunia,” katanya.

Pengguna lain pula menegur pelakon itu supaya tidak berkongsikan segala-galanya dalam media sosial.

“Semua yang saya pelajari tentang estetika wanita ini bertentangan dengan kehendak saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya