Kapal pertama dunia berlayar guna AI di Lautan Atlantik

Kapal pertama dunia berlayar guna AI di Lautan Atlantik

KAPAL LNG Prism Courage milik Korea Selatan menyeberangi Lautan Atlantik.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sebuah syarikat navigasi autonomi milik salah satu pembuat kapal terbesar di dunia berjaya membuat pelayaran autonomi rentas lautan di Lautan Atlantik menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). 

Avikus yang merupakan anak syarikat HD Hyundai mengumumkan kejayaan pelayaran kapal pengangkut LNG Prism Courage dari Freeport, Texas ke Terminal LNG Boryeong, Korea Selatan melalui Terusan Panama. 

Pelayaran selama 33 hari itu meliputi kira-kira 20,000 kilometer dengan separuh pelayaran secara autonomi menggunakan teknologi HiNAS 2.0 Avikus. 

HiNAS 2.0 Avikus adalah sistem navigasi yang mencipta laluan dan kelajuan optimum menggunakan AI yang dapat mengenali cuaca dan ketinggian ombak serta kapal berdekatan lain, sekali gus mengawal arahan stereng kapal dalam masa sebenar. 

Syarikat itu berkata, semasa pelayaran sistem itu berupaya mengesan lokasi kapal berdekatan lain dengan tepat dan bergerak bagi mengelak pelanggaran. 

“Dengan membenarkan sistem memilih laluan optimum, kapal itu dapat meningkatkan kecekapan bahan apinya sebanyak tujuh peratus, sambil mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kira-kira lima peratus,” katanya. 

Kapten kapal, Young-hoon Koh berkata, teknologi navigasi autonomi Avikus sangat membantu dalam ujian menyeberangi lautan terutamanya bagi mengekalkan laluan navigasi, menukar arah secara autonomi dan mengelakkan pelanggaran.  

Kapal LNG Prism Courage berukuran 299 meter dikendalikan oleh SK Shipping iaitu syarikat perkapalan LNG terbesar di Korea Selatan. 

Pelayaran percubaan itu dijalankan di bawah pengurusan dan pemantauan Pertubuhan Pengelasan Biro Perkapalan Amerika dan Daftar Penghantaran Korea yang sedang mengesahkan prestasi dan kestabilan teknologi. 

Avikus dilancarkan sejak Disember 2020 sebagai usaha niaga dalaman pertama HD Hyundai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya