Kapal bawa ribuan kambing biri-biri, karam - Utusan Malaysia

Kapal bawa ribuan kambing biri-biri, karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Sebuah kapal yang membawa muatan kira-kira 15,800 ekor kambing biri-biri, karam di luar pantai Laut Merah di Sudan.

Kejadian itu mengorbankan hampir kesemua haiwan dalam kapal berkenaan.

Menurut seorang pegawai pelabuhan, kapal itu membawa muatan kambing biri-biri untuk dieksport ke Arab Saudi.

Katanya, kapal itu karam selepas beberapa ribu lagi haiwan dimuatkan dalam kapal tersebut sehingga melebihi kapasiti muatan.

“Badr 1 karam pada awal pagi semalam. Kapal itu membawa sebanyak 15,800 ekor kambing biri-biri, ia terlebih muatan.

“Sebenarnya, kapal itu hanya boleh membawa kira-kira 9,000 kambing biri-biri,” kata pegawai itu yang enggan mendedahkan identitinya.

Seorang lagi pegawai berkata, semua anak kapal Badr1 berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, beliau menyuarakan kebimbangan mengenai kesan ekonomi dan alam sekitar akibat insiden itu.

“Kapal karam itu akan menjejaskan operasi pelabuhan.

“Ia juga mungkin memberi kesan kepada alam sekitar kerana kematian membabitkan sejumlah besar haiwan yang dibawa oleh kapal berkenaan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya