Jokowi bimbang ekonomi terjejas, rakyat terkesan

Jokowi bimbang ekonomi terjejas, rakyat terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) meminta semua rakyat berada dalam keadaan siap siaga dan berhati-hati susulan ekonomi 60 negara di dunia dilaporkan bakal lumpuh akibat pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi yang melanda.  

Lapor Kompas.com, jangkaan itu berdasarkan perkiraan oleh organisasi bank dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). 

Jelasnya, beliau menerima maklumat setakat ini 42 negara sudah disahkan mengalami kelumpuhan ekonomi dan angka itu akan meningkat kepada 60 negara lagi. 

“Siapa yang akan tolong kalau sudah jadi 42 negara. Kalau satu, dua atau tiga negara mengalami krisis mungkin boleh dibantu oleh organisasi antarabangsa. 

“Namun, kalau sudah cecah 60 negara kita juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya. 

Jokowi menegaskan ekonomi Indonesia tidak berada pada landasan normal buat masa ini. 

Beliau memberi peringatan krisis kewangan boleh bertukar menjadi krisis makanan dan lebih parah apabila memasuki krisis tenaga yang lebih membahayakan.

“Kita tahu ada beberapa negara sudah kehilangan kadar simpanan pertukaran asing, tidak mampu beli minyak, makanan, tenaga serta barangan import lain. 

“Negara tersebut juga terperangkap dengan hutang yang sangat tinggi,” katanya. 

Menurut Jokowi, ketika ini pihak kerajaan masih menyalurkan subsidi terhadap harga sejumlah barang komoditi. 

Contohnya, seperti minyak petrol Pertalite yang dijual dengan harga 7,650 rupiah (RM2.26) seliter dan Pertamax 12,000 rupiah (RM3.55) seliter. 

“Hati-hati kerana ini bukan harga sebenarnya kerana adalah harga yang kita berikan subsidi.

“Subsidi itu sangat besar kalau dibandingkan dengan Singapura dan Jerman harganya sudah mencecah 31,000 rupiah (RM9.18) dan Thailand (20,000 rupiah)(RM5.92),” katanya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya