Ibu rayu mahkamah luluskan penggunaan ganja untuk rawatan anak

Ibu rayu mahkamah luluskan penggunaan ganja untuk rawatan anak

KEHADIRAN Santi bersama suami dan anaknya, Pika mencuri tumpuan ramai di Jakarta. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kelibat Santi Warastuti menjadi tumpuan ramai apabila dia membawa sepanduk bertulis ‘Tolong, anakku memerlukan perubatan ganja’.

Kehadiran Santi di stesen komuter di sini sambil ditemani seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan yang terbaring lemah di dalam kereta tolak.

Kanak-kanak itu adalah anak Santi dan suaminya bernama Pika yang menghidap penyakit cerebral palsy atau gangguan yang mempengaruhi kemampuan otot, pergerakan tubuh pesakit.

Tujuan Santi melakukan demonstrasi itu adalah untuk mendesak hakim Mahkamah Perlembagaan (MK) segera memutuskan semakan kehakiman terhadap Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 mengenai Narkotik yang dimohonnya.

Santi yang datang ke Jakarta bersama keluarganya dari Yogyakarta tekad untuk menyerahkan surat kepada MK berhubung isu berkenaan.

Katanya, sudah hampir dua tahun MK tidak memutuskan mengenai isu berkenaan.

“Anak saya amat memerlukan terapi minyak biji ganja untuk pulih.

“Saya bersama dua ibu lagi sudah membuat tuntutan ini ke MK sejak November 2020.

“Dalam tuntutan itu, kami mempersoalkan undang-undang yang melarang penggunaan ganja bagi tujuan perubatan,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Santi bersama dua lagi wanita berjuang untuk membolehkan anak mereka mendapatkan perubatan yang menggunakan ganja, demi melihat insan tersayang mereka sembuh.

Dalam pada itu, jurucakap MK, Fajar Laksono memberitahu, isu tersebut melibatkan pelbagai pihak dan mengambil masa untuk dikaji dengan menyeluruh.

“Ketika ini, tuntutan tersebut sedang dibahas secara dalaman oleh hakim MK,” ujarnya.

Fajar turut menjelaskan, sesi perbincangan mengenai perkara itu sudah berlangsung sebanyak 11 kali.

Sementara itu, tuntutan penggunaan ganja bagi perubatan di negara ini mendapat pelbagai reaksi dengan ada di antaranya menyokong dan juga tidak atas beberapa faktor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya