Hina Nabi: Umat Islam anjur protes besar-besaran

Hina Nabi: Umat Islam anjur protes besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Umat Islam di India bersatu hati melancarkan protes bagi menggesa Jurucakap parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma ditangkap kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Lapor The Indian Express, demonstrasi tersebut berlangsung di pekarangan Masjid Jama selepas solat Jumaat.

Ribuan umat Islam dilihat membawa sepanduk sambil melaungkan jeritan terhadap Sharma.

Pegawai Kanan Polis berkata, beberapa peserta dilihat meneruskan protes walaupun sebahagian lain sudah meninggalkan kawasan masjid.

Sharma, 37, dilaporkan menghina junjungan besar Baginda dan isteri Rasulullah, Saidatina Aisyah menerusi debat yang disiarkan dalam televisyen, minggu lalu.

Kenyataan Sharma mencetuskan kemarahan umat Islam di India serta puluhan negara Islam lain.

BJP menggantung keahlian Sharma daripada parti itu dan Jindal pula dibuang keahliannya kerana berkongsi tangkap layar komen Sharma di Twitter.

Sharma yang menamatkan pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Delhi memulakan kerjaya politiknya pada 2008 apabila dilantik sebagai Presiden Kesatuan Pelajar sebagai calon pergerakan Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (ABVP).

Polis di India memfailkan kes terhadap beberapa individu termasuk Sharma kerana didakwa menyebarkan kebencian.

Menurut polis, laporan maklumat pertama (FIR) sudah difailkan di bawah pelbagai seksyen atas kesalahan menyebarkan mesej berunsur kebencian, menghasut pelbagai kumpulan dan mencetuskan situasi yang menjejaskan ketenteraman awam.

Selain Sharma, kes itu turut difailkan ke atas Ketua Operasi Media Delhi BJP, Naveen Kumar Jindal dan beberapa individu antaranya Shadab Chauhan, Saba Naqvi, Maulana Mufti Nadeem, Abdur Rehman, Gulzar Ansari, Anil Kumar Meena dan Pooja Shakun.

Kontroversi tersebut membawa kepada krisis diplomatik selepas Qatar, Arab Saudi, Oman, Emiriah Arab Bersatu dan Pakistan menuntut permohonan maaf secara rasmi.

Beberapa negara Arab juga turut melancarkan boikot barangan keluaran India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya