Gabenor Jawa Barat yakin anak sudah meninggal dunia di Switzerland - Utusan Malaysia

Gabenor Jawa Barat yakin anak sudah meninggal dunia di Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat menyatakan, Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil dan isterinya, Atalia yakin anak lelaki mereka, Emmeril Kahn Mumtadz atau Eril sudah meninggal dunia selepas seminggu hilang di Sungai Aare di Switzerland.

Perkara itu dinyatakan oleh MUI Jawa Barat menerusi notis makluman yang mengajak semua penduduk menunaikan solat jenazah ghaib untuk kesejahteraan Eril yang sehingga kini masih belum ditemukan.

“Ridwan dan isteri reda jika anak mereka sudah tiada lagi kerana mereka yakin Eril sudah meninggal dunia kerana lemas,” kata Ketua Umum MUI Jabar, Rachmat Syafe’i menerusi kenyataan yang dipetik CNN Indonesia.

Rachmat turut memaklumkan, pihak berkuasa Switzerland juga sudah menukar status operasi pencarian iaitu daripada mencari orang hilang kepada pencarian mangsa lemas.

“Hal itu secara tidak langsung menunjukkan Eril mungkin sudah meninggal dunia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya