Elon Musk disaman RM1.1 trilion, dakwa tipu skim piramid Dogecoin

Elon Musk disaman RM1.1 trilion, dakwa tipu skim piramid Dogecoin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Elon Musk disaman sebanyak AS$258 bilion (RM1.1 trilion) oleh pelabur Dogecoin kerana didakwa terlibat dalam skim pelaburan piramid mata wang kripto.

Plaintif, Keith Johnson mengemukakan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi Manhattan, lapor Reuters.

Saman kelompok itu turut difailkan terhadap Musk yang merupakan pemilik syarikat penerokaan angkasa lepas, SpaceX dan syarikat kereta elektrik, Tesla.

Musk didakwa bertanggungjawab mempromosikan Dogecoin bagi mengaut keuntungan diri sendiri sehingga mengakibatkan kerugian kepada pelabur lain selepas nilainya turun mendadak.

Nilai saman yang dituntut oleh Johnson adalah tinggi kerana mewakili semua pelabur Dogecoin sejak April 2019.

“Defendan sedar sejak 2019 Dogecoin tidak mempunyai nilai lagi mempromosikan Dogecoin bagi mendapatkan keuntungan daripada dagangannya.

“Musk menggunakan gelaran sebagai individu terkaya dunia bagi mengendalikan dan memanipulasi Skim Piramid Dogecoin untuk menjana keuntungan, pendedahan dan hiburan,” tulis aduan itu.

Saman tersebut turut mengundang reaksi daripada Warren Buffett, Bill Gates dan bilionair lain yang mempersoalkan nilai mata wang kripto.

Nilai mata wang kripto utama sedang jatuh mendadak akhir-akhir ini kerana ketidakstabilan ekonomi dengan inflasi dapat dilihat di seluruh dunia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya