Budak 10 tahun diselamatkan selepas empat hari terperangkap dalam perigi - Utusan Malaysia

Budak 10 tahun diselamatkan selepas empat hari terperangkap dalam perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAIPUR: Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki cacat pendengaran dan bisu yang terperangkap dalam perigi sempit sejak empat hari lalu.

Rahul Sahu jatuh ke dalam perigi sedalam 24.38 meter pada Jumaat lalu ketika bermain di halaman belakang rumahnya di daerah Janjgir Champa, Chhattisgarh, tengah India.

Lebih 500 anggota kecemasan termasuk dari Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF), tentera, polis, pegawai pentadbiran terlibat dalam operasi menyelamat besar-besaran yang dijalankan sejak Jumaat lalu.

Rahul diselamatkan kira-kira 11 malam semalam sekali gus menamatkan operasi menyelamat selama lebih 100 jam.

Ketua Menteri Chhattisgarh, Bhupesh Baghel menerusi ciapan di Twitter mengesahkan Rahul sudah diselamatkan.

“Rahul berjaya diselamatkan dengan selamat atas doa semua orang dan usaha gigih dari pasukan penyelamat,” katanya.

Pegawai daerah, Jeetendra Shukla yang berada di lokasi kejadian berkata, budak lelaki itu masih hidup dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya