Brunei lantik menteri wanita pertama

Brunei lantik menteri wanita pertama

ROMAIZAH MOHD. SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Buat julung kalinya golongan wanita dilantik sebagai menteri dalam kerajaan Brunei iaitu Menteri Pendidikan, Romaizah Mohd. Salleh.

Pelantikan itu susulan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan rombakan awal menteri Kabinet berkuatkuasa 7 Jun lalu, lapor Pelita Brunei. 

Baginda mengekalkan jawatan tertinggi sebagai Perdana Menteri, Menteri Luar, Pertahanan, Kewangan dan Ekonomi. 

Bagaimanapun, menteri-menteri kanan berundur, termasuk Menteri Dalam Negeri, Awang Abu Bakar Apong, Menteri Sumber Utama dan Pelancongan, Ali Apong serta Menteri Pembangunan, Suhaimi Gafar.

Beberapa muka lama akan terus berkhidmat dengan portfolio sama antaranya Menteri Hal Ehwal Agama, Awang Badaruddin Awang Othman, Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Mohd Amin Liew Abdullah, Menteri Luar Kedua, Erywan Mohd Yusof dan Menteri Kesihatan, Md Isham Jaafar.

Penganalisis media tempatan berpandangan langkah rombakan awal Kabinet bertujuan menyuntik lebih kekuatan dan tenaga dalam sistem pentadbiran sambil mengekalkan kestabilan dalam bidang utama hal ehwal dalam dan luar negara.

Dalam siaran ucapan khasnya di seluruh negara, baginda bertitah, Kabinet baharu akan berkhidmat bagi tempoh empat tahun.

Baginda bertitah pelantikan itu adalah amanah yang mesti dilaksanakan dengan penuh taat setia dan bertanggungjawab. 

Kali terakhir Kabinet dirombak pada Januari 2018 apabila beberapa menteri veteran digantikan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya