Babi hutan sondol, gigit pengunjung berjemur tepi pantai - Utusan Malaysia

Babi hutan sondol, gigit pengunjung berjemur tepi pantai

TANGKAP layar video menunjukkan seekor babi hutan lari melulu ke arah orang ramai yang berjemur di pantai di Alicante, Sepanyol. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALICANTE, Sepanyol: Seorang wanita cedera selepas digigit babi hutan ketika berjemur di tepi pantai yang sesak dengan pengunjung di sini.

Lapor Daily Mail, video yang dirakam pelancong dan pengunjung tempatan menunjukkan orang ramai menjerit ketika seekor babi hutan tiba-tiba muncul dan lari bertempiaran.

Pasukan pengawal pantai berjaya menghalau babi hutan itu sebelum menyedari seorang pengujung wanita mengalami kecederaan akibat digigit haiwan itu.

Sehubungan itu, pasukan kecemasan dikerah ke lokasi kejadian di pantai El Abir dan membawa pengunjung wanita itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Pihak berkuasa tidak mengetahui bagaimana babi hutan itu boleh tersesat di kawasan pantai dan ia dijangka terpisah daripada kawanannya di Taman Negara Serra Gelada yang terletak berhampiran pantai tersebut.

Menurut saksi, babi hutan itu tiba-tiba keluar dari air dan berlari ke arah pengunjung yang sedang berjemur sebelum menyondol pengunjung wanita lalu menggigitnya pada bahagian kaki.

Sementara itu, pihak berkuasa mengingatkan para pengunjung supaya berhati-hati dan akan melakukan pengawasan lebih kerap bagi menjamin keselamatan orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya