AS agih RM5.72 bilion kepada Ukraine - Utusan Malaysia

AS agih RM5.72 bilion kepada Ukraine

JANET Yellen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan negara itu mengagihkan dana bantuan ekonomi sebanyak AS$1.3 bilion (RM5.72 bilion) kepada Ukraine.

Pengagihan dana itu merupakan sebahagian daripada pakej bantuan AS$7.5 bilion (RM33.04 bilion) yang ditandatangani oleh Presiden Joe Biden pada Mei lalu.

Pemindahan dana itu dilakukan menerusi Bank Dunia.

“Dengan pengagihan dana ini, AS mengesahkan komitmen kepada rakyat Ukraine ketika mereka mempertahankan diri akibat pencerobohan Russia dan berusaha memulihkan ekonomi negara,” kata Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen.

Bank Dunia menganggarkan perang di Ukraine boleh menyebabkan ekonomi negara itu menguncup sehingga 45 peratus pada tahun ini.

Ukraine ketika ini sedang mengalami defisit yang tinggi sebanyak AS$5 bilion (RM22.04 bilion) setiap bulan.

Situasi itu diburukkan lagi dengan ketidakupayaan untuk mendapatkan dana atau mengakses pembiayaan di pasaran luar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya