Amber Heard jatuh miskin, terpaksa beli baju murah

Amber Heard makin miskin, terpaksa beli baju murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kehidupan pelakon Amber Heard dikatakan mula terkesan selepas terpaksa membayar pampasan AS$8.4 juta (RM37 juta) kepada bekas suaminya, Johnny Depp.

Lapor New York Post, wanita berusia 36 tahun itu kini dilihat berbelanja di pusat beli-belah harga murah, TJ Maxx di Hamptons, baru-baru ini.

Menerusi gambar-gambar yang dirakam oleh orang awam, Amber dilihat sedang membelek beberapa pakaian yang dijual di pusat beli belah itu.

Ketika itu, Amber mengenakan baju putih dan jeans ditemani adiknya, Whitney Heriquez.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jenis barangan yang dibeli oleh Amber ketika itu.

Sumber lain mendedahkan Amber kini bergantung kepada polisi insurans pemilik rumahnya bagi menampung kos peguamnya.

Kekayaan bersih Amber dianggarkan berjumlah antara AS$1.5 juta (RM6.6 juta) hingga AS$2.5 juta (RM11 juta).

Awal bulan lalu, Depp menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap bekas isterinya.

Tujuh juri sebulat suara memutuskan pelakon filem Pirates of the Caribbean itu berjaya dalam kes samannya dan menganugerahkan ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65.8 juta).

Heard diperintahkan membayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$10 juta (RM43.9 juta) berserta ganti rugi punitif AS$5 juta (RM21.9 juta) kepada bekas suaminya.

Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard berhubung penulisan di kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM219 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya