18 migran maut cuba loloskan diri ke Sepanyol

18 migran maut cuba loloskan diri ke Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Sebanyak 18 pendatang dari Maghribi maut dalam insiden rempuhan ketika menyerbu pagar untuk menyeberang ke kawasan Melilla, Sepanyol.

Puluhan pendatang lain dan ratusan pasukan keselamatan turut mengalami kecederaan selepas insiden berlarutan selama dua jam.

Kira-kira 2,000 pendatang menyerbu pagar tinggi yang memisahkan kawasan sempadan antara kedua-dua negara sekali gus mencatatkan percubaan pertama pendatang asing tanpa izin (PATI) meloloskan diri secara besar-besaran.

Sepanyol dan Maghribi memperbaiki hubungan diplomatik sejak Mac lalu.

Pihak berkuasa Maghribi dan Sepanyol memaklumkan lebih 100 pendatang berjaya menyeberang ke Melilla dalam kejadian itu.

Melilla dan Ceuta yang merupakan wilayah kecil Afrika Utara di Sepanyol, mempunyai satu-satunya sempadan darat Kesatuan Eropah (EU) dengan Afrika, sekai gus menjadikannya sebagai lokasi tumpuan PATI sepanjang sedekad lalu.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya