Wanita tembak mati suspek lepaskan tembakan rambang di AS

Wanita tembak mati suspek lepaskan tembakan rambang di AS

SUSPEK mengeluarkan senapang semi automatik AR-15 dari kenderaannya dan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan individu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WEST VIRGINIA: Seorang wanita menembak mati seorang lelaki yang melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai dalam satu kejadian di Charleston, West Virginia kelmarin.

Lapor BBC, Dennis Butler, 37, yang mempunyai pelbagai rekod jenayah ditembak mati ketika dia menyasarkan sekumpulan orang terdiri daripada 40 tetamu dalam satu majlis hari jadi.

Jurucakap polis, Tony Hazelett berkata, tindakan pantas wanita itu berjaya menyelamatkan banyak nyawa dan mengelakkan insiden tembakan beramai-ramai.

Kejadian itu berlaku ketika semua pihak di seluruh Amerika Syarikat (AS) berdebat mengenai penggunaan senjata api susulan insiden tembakan di sebuah sekolah di Uvalde, Texas yang meragut 21 nyawa termasuk 19 murid.

Ketika hari kejadian, saksi menceritakan Butler diberi amaran oleh penduduk setempat supaya memandu perlahan kerana banyak kanak-kanak bermain di lokasi kejadian.

Tidak lama kemudian, dia mengeluarkan senapang semi automatik AR-15 dan melepaskan tembakan dari kenderaannya ke arah orang ramai yang berkumpul dalam majlis hari jadi di kawasan sekitar.

Susulan insiden itu, seorang wanita yang berada di lokasi berhampiran mengeluarkan senjatanya dan menembak Butler.

Sehingga kini, polis masih belum mendedahkan identiti wanita tersebut yang didakwa bukan anggota keselamatan.

“Wanita itu merupakan orang awam yang membawa senjata api dan memiliki lesen yang sah.

“Wanita itu bertindak berani apabila melepaskan tembakan ke arah Butler dan tindakannya menyelamatkan banyak nyawa,” kata Hazelett.

Malah, wanita itu kekal berada di lokasi kejadian dan memberi kerjasama yang baik kepada polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya