Wanita jimat lebih RM345,862 dalam masa empat tahun  - Utusan Malaysia

Wanita jimat lebih RM345,862 dalam masa empat tahun 

JI-HYEON Kwak berjimat lebih 100 juta won (RM345,862) dalam masa empat tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang wanita di Korea Selatan menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas berjaya menyimpan lebih 100 juta won (RM345,862) dalam masa empat tahun dengan berjimat cermat.

Lapor Oddity Central, Ji-hyeon Kwak, 24, mula bekerja ketika berumur 19 tahun dan pada masa itu menyedari perlu menjimatkan wang sekiranya mahu mendapatkan tempat tinggal sendiri.

Walaupun hanya memperoleh purata gaji dua juta won sebulan, wanita itu berjaya menyimpan wang secukupnya sehingga menjimatkan lebih 100 juta won dalam tempoh empat tahun.

“Wang itu sudah cukup bagi membolehkannya menyewa pangsapuri. 

“Ini bermakna Ji-hyeon Kwak akan mempunyai tempat tinggal sendiri tidak lama lagi,” jelas laporan itu.

Dalam pada itu, Ji-hyeon Kwak mengakui bukan mudah untuk menjimat jumlah wang tersebut dengan gaji yang kecil.  

Katanya, dia terpaksa berjimat cermat pada tahap ekstrem termasuk hanya membelanjakan sebanyak 8,400 won (RM29.18) untuk makanan sebulan.

“Saya menggunakan pelbagai aplikasi untuk mendapatkan sistem kupon dan diskaun yang boleh dibelanjakan untuk membeli produk.

“Cara itu membolehkan saya membeli produk diperlukan secara percuma atau dengan jumlah wang sangat kecil sekaligus menjimatkan sebahagian besar gaji,” katanya.

Menurut Ji-hyeon Kwak, dia juga terpaksa berjalan kira-kira dua jam sehari untuk mengurangkan perbelanjaannya.   

“Jadi, saya tidak perlu membelanjakan sebarang wang untuk pengangkutan,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya