LONDON: Seorang wanita berusia 25 tahun hanya mampu makan sandwich berisi keropok sejak berusia dua tahun.
Sepanjang tempoh itu juga, dia hanya makan dua bungkus keropok kegemarannya setiap hari kerana makanan lain akan membuatkan dirinya menjadi sakit.
Lapor NDTV, Zoe Sandler hanya mengunyah keropok Walkers dalam roti putih mentega sejak zaman kanak-kanak.
Ibu bapanya cuba memperkenalkan dirinya dengan makanan lain, namun, Sandler akan menutup hidungnya dan menolak apa sahaja yang masuk ke mulutnya.
“Rupanya satu-satunya makanan yang boleh diberikan kepada saya adalah keropok yang saya makan sampai kenyang.
“Saya masih ingat semasa berada di sekolah, saya hanya mempunyai sandwich dalam bekas makanan dan sangat menyukainya,” katanya.
Sandler berkata, dia hanya makan bijirin kering untuk sarapan serta sandwich untuk makan tengah hari dan malam.
Selepas 23 tahun berlalu, wanita itu kini sudah boleh menikmati makanan lain selepas menjalani hipnoterapi.