Tukar nama kepada ‘salmon' demi sushi percuma

Tukar nama kepada ‘salmon’ demi sushi percuma

PENDUDUK Taiwan yang menukar nama mereka untuk mendapatkan sushi percuma di rangkaian restoran Sushiro. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Sebilangan penduduk Taiwan yang menukar nama mereka dengan memasukkan perkataan ‘salmon’, bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan sushi percuma di sebuah restoran, kini tidak dapat mengubah semula nama mereka kepada asal.

Memetik laporan Oddity Central, penggubal undang-undang Taiwan kini berdebat untuk meminda peraturan yang hanya membenarkan rakyat negara itu boleh menukar nama mereka tiga kali sahaja.

Langkah itu bagi menangani insiden tersebut yang digelar sebagai `kekecohan salmon’.

Pada Mac tahun lalu, rangkaian restoran Sushiro menawarkan sushi secara percuma kepada mana-mana pelanggan yang namanya mempunyai perkataan salmon.

Bagi pelanggan yang memiliki nama dengan bunyi hampir sama dengan salmon pula mendapat potongan harga 50 peratus.     

Lebih 300 orang menyahut tawaran lumayan itu dengan menukar nama mereka secara sah di pejabat pendaftaran Taiwan.

Walaupun ramai berjaya menukar semula kepada nama asal selepas promosi tersebut, masih ada lagi individu yang gagal berbuat demikian sehingga terpaksa hidup dengan nama pelik seperti Handsom Salmon, Dancing Salmon atau Salmon Dream.

“Selepas insiden kekecohan salmon, beberapa individu yang sebelum ini sudah menukar nama mereka sebanyak tiga kali kini tiada cara lain untuk mengubah semula.

“Misalnya, seorang pelajar yang menukar namanya kepada Truong Salmon Dream mendapati ibu bapanya sebelum ini sudah dua kali menukar namanya ketika bayi, jadi dia tidak dapat mengubah semula. 

“Sehingga peraturan dipinda, dia terpaksa hidup dengan nama Salmon Dream sepanjang hayatnya,” kata penggubal undang-undang dari New Power Party, Chiu Hsien-chih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya