Saintis berjaya tanam sawi guna tanah bulan

Saintis berjaya tanam sawi guna tanah bulan

TANAMAN arabidopsis thaliana menggunakan tanah bulan mula mengeluarkan daun di makmal Universiti Florida.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Buat pertama kali dalam sejarah, saintis berjaya menanam tumbuhan di dalam sampel tanah yang diambil dari bulan oleh angkasawan menerusi program Apollo. 

Percubaan yang diperincikan dalam jurnal Biologi Komunikasi pada Khamis lalu, memberi harapan kepada golongan penyelidik kemungkinan satu hari nanti tumbuh-tumbuhan dapat hidup secara langsung di bulan. 

Perkembangan itu akan menjimatkan perbelanjaan misi angkasa lepas serta memudahkan perjalanan yang lebih lama dan jauh. 

Bagaimanapun, penulis kajian dari Universiti Florida berkata, masih banyak perkara yang perlu dikaji mengenai topik itu.

Ketua Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat, Bill Nelson berkata, penyelidikan itu penting demi matlamat penerokaan manusia jangka panjang Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA). 

“Kami perlu menggunakan sumber yang terdapat di bulan dan Marikh bagi membangunkan sumber makanan untuk angkasawan masa depan yang tinggal dan beroperasi di angkasa lepas,” katanya. 

Penyelidik menggunakan 12 gram tanah bulan yang dikumpulkan dari pelbagai tempat di bulan semasa misi Apollo 11,12 dan 17 dalam eksperimen itu.

Eksperimen itu turut dicampur dengan satu gram tanah lain,air dan benih serta larutan nutrien setiap hari. 

Penyelidik memilih untuk menanam arabidopsis thaliana, yang merupakan kumpulan sayur sawi kerana ia tumbuh dengan mudah dan dikaji secara meluas. 

Tanaman itu mula mengeluarkan hasil dalam tempoh dua hari. 

Selepas 20 hari, saintis menuai semua tumbuhan dan menjalankan kajian tentang asid deoksiribonukleik (DNA) tanaman itu. 

Analisis menunjukkan tumbuhan tersebut bertindak balas sama seperti ditanam dalam persekitaran lain seperti tanah terlalu banyak garam atau logam berat. –AFP   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya