Russia dakwa berjaya tembak pesawat pejuang Ukraine - Utusan Malaysia

Russia dakwa berjaya tembak pesawat pejuang Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah jet pejuang Su-25 milik tentera Ukraine di wilayah Mykolaiv di negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Pertahanan Russia.

Memetik laporan Reuters, kementerian pertahanan memaklumkan tentera Russia juga mengebom sebuah stesen radar dan dua depoh yang menyimpan bekalan peluru di timur Ukraine.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan, Gabenor Pavlo Kyrylenko berkata, tiga orang awam terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan Russia di wilayah Donetsk.

Katanya, dua orang maut di pekan Toretsk dan seorang lagi terkorban di pekan Avdiivka.

“Ketika ini, amat mustahil untuk menentukan jumlah sebenar mangsa di Mariupol dan Volnovakha,” kata Kyrylenko menerusi Telegram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya