Ribut pasir di Iraq: Lebih 1,000 orang dimasukan ke hospital - Utusan Malaysia

Ribut pasir di Iraq: Lebih 1,000 orang dimasukan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Lebih 1,000 penduduk Iraq dikejarkan ke hospital setelah mengalami masalah pernafasan akibat ribut pasir yang melanda sebahagian besar negara itu.

Penduduk dari enam wilayah di Iraq termasuk Baghdad dan wilayah barat Al-Anbar sekali lagi berdepan dengan lapisan tebal debu yang menyelubungi kawasan itu.

Agensi berita INA melaporkan pihak berkuasa di wilayah Al-Anbar dan Kirkuk menggesa penduduk untuk terus kekal berada di dalam rumah.

Seorang pegawai kesihatan, Anas Qais berkata, hospital di wilayah Al-Anbar sedang merawat lebih 700 pesakit yang mengalami kesukaran bernafas.

Wilayah Salaheddin pula mencatatkan lebih 300 kes manakala Diwaniya dan Najaf masing-masing merekodkan kira-kira 100 kes.

Iraq amat terdedah kepada perubahan iklim, selepas menyaksikan rekod hujan rendah dan suhu tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Beberapa pakar berpandangan faktor itu mampu mengancam sehingga menyebabkan bencana sosial dan ekonomi di negara dilanda perang itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya