Ratu Elizabeth pemerintah ketiga paling lama berkuasa di dunia

Ratu Elizabeth pemerintah ketiga paling lama berkuasa di dunia

RATU ELIZABETH II
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ratu Britain, Ratu Elizabeth II mencatat kejayaan baharu, dengan menjadi pemerintah ketiga paling lama berkuasa di dunia.

Memetik laporan Daily Mail, Ratu Elizabeth II mengatasi Putera Johan II dari Liechtenstein yang memerintah selama 70 tahun dan 91 hari sehingga beliau mangkat pada Februari 1929.

Pada usia 96 tahun, monarki England itu memegang takhta selama 70 tahun dan 92 hari.

Malah, dalam masa 34 hari lagi, Ratu Elizabeth II bakal mengatasi Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej yang memerintah dari 1946 hingga mangkat pada Oktober 2016, iaitu selama 70 tahun dan 126 hari.

Raja Bhumibol merupakan raja yang paling lama memerintah di dunia sebelum mangkat pada usia 89 tahun.

Ratu Elizabeth II bakal menyambut ulang tahun pemerintahan yang ke-70 atau dikenali sebagai Jubli Platinum bagi meraikan tempoh beliau berada di atas takhta selepas mencapai kejayaan itu pada 6 Februari lalu.

Rekod itu menjadi antara pelbagai anugerah diterima oleh Ratu Elizabeth termasuk gelarannya sebagai pemerintah diraja yang paling lama memerintah. 

Pada 2015, Ratu Elizabeth II menjadi pemerintah paling lama memerintah, mengatasi rekod nenek moyangnya, Ratu Victoria, yang menduduki takhta selama 63 tahun dan tujuh bulan. 

Pencapaian baharu itu dimaklumkan oleh Richard Eden menerusi Twitter Mail

“Tahniah diucapkan kepada Ratu Britain yang menjadi pemerintah ketiga paling lama memerintah di dunia dalam sejarah.

“Beliau mengatasi Putera Johan II dari Liechtenstein yang memerintah selama 70 tahun dan 91 hari,” katanya  

Sebelum ini, Ratu Elizabeth dilaporkan mengatasi Raja K’inich Janaab Pakal yang memerintah kerajaan Palenque selama 68 tahun dan 33 hari sebelum mangkat pada 683 Selepas Masihi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya