Raja Arab Saudi dimasukkan ke hospital - Utusan Malaysia

Raja Arab Saudi dimasukkan ke hospital

Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Lapor media tempatan, Raja Salman yang b erusia 86 tahun dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal di Jeddah semalam bagi menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan.

Laporan rasmi yang memetik kenyataan istana bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan Raja Salman.

Pemimpin Arab Saudi itu pernah menjalani pembedahan kerana masalah hempedu bengkak pada 2020.

Pada Mac lalu, beliau dimasukkan ke hospital bagi menggantikan bateri pada alat perentak jantung.

Pada 2017, Riyadh menolak laporan dan spekulasi yang mendakwa Raja Salman bakal turun takhta demi anaknya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai kerajaan de facto negara itu.

Di bawah pemerintahannya, Arab saudi melancarkan banyak pembaharuan ekonomi bagi era pasca minyak dan memberikan lebih banyak hak kepada golongan wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya