Putin sedia mudahkan eksport bijirin dari Ukraine - Utusan Malaysia

Putin sedia mudahkan eksport bijirin dari Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin memaklumkan Russia bersedia memudahkan urusan eksport bijirin dari pelabuhan Ukraine menerusi kordinasi dengan Turki.

Memetik laporan Al Jazeera, Kremlin dalam satu kenyataan menyatakan pemimpin itu berkata demikian selepas menghubungi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam.

Menerusi perbualan telefon bersama Erdogan, Putin berkata, krisis makanan global yang semakin meruncing adalah hasil daripada dasar Barat yang tidak jelas.

Tambah Putin, Russia sedia mengeksport baja dan produk pertanian dalam kuantiti yang banyak sekiranya sekatan terhadap Moscow ditarik balik.

“Dalam rundingan mengenai situasi di Ukraine, penekanan diberikan untuk memastikan pelayaran selamat di Laut Hitam dan Azov serta menghapuskan ancaman di perairan mereka.

“Putin menyuarakan kesediaan Russia untuk memudahkan urusan penghantaran barang di perairan dengan koordinasi bersama Turki.

“Ia turut merangkumi eksport bijirin dari pelabuhan Ukraine,” jelas Kremlin.

Tidak dapat dipastikan lokasi pelabuhan Ukraine yang dimaksukan Putin dalam rundingan tersebut.

Pelabuhan eksport bijirin utama di Ukraine terletak di Chornomorsk, Mykolaiv, Odesa, Kherson dan Yuzhny.

Russia dan Ukraine mengeluarkan 29 peratus bekalan gandum dunia terutamanya melalui Laut Hitam.

Malah, kedua-dua negara itu turut menguasai 80 peratus eksport global bagi minyak bunga matahari.

Ukraine juga merupakan pengeksport terbesar jagung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya