Polis pasang 1,000 CCTV pantau keselamatan G20 di Bali

Polis pasang 1,000 CCTV pantau keselamatan G20 di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebanyak 1,431 kamera litar tetutup (CCTV) akan dipasang bagi memantau keselamatan Persidangan Kemuncak Pemimpin Dunia G20 dan Platform Global Bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) di Bali. 

Ketua Polis Bali, Putu Jayan Danu Putra berkata, CCTV itu akan dipantau dari kemudahan Pusat Perintah ITDC 91 yang dibangunkan pihaknya semasa persidangan bermula 30 hingga 31 Oktober nanti.  

Jelasnya, langkah itu sebagai kesiapsiagaan bagi mendukung keselamatan sepanjang persidangan itu baik daripada segi bencana alam serta keselamatan lain. 

Menurutnya, terdapat tiga kawasan yang menjadi tumpuan keselamatan iaitu di pelabuhan logistik, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai dan Terminal A. 

“Beberapa destinasi pelancongan lain serta semua jalan tol yang menjadi laluan perwakilan turut dipantau menggunakan kemudahan pemantauan seperti dron,” katanya lapor CNN Indonesia.   

Menurut Putu, pihaknya turut bersiap sedia menangani ancaman bencana alam dan tsunami di Bali. 

Jelasnya, beberapa ciri pemantauan seperti maklumat cuaca Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), bencana alam dan tsunami di seluruh Indonesia dipantau secara langsung seperti maklumat kelajuan angin, pasang surut dan ketinggian ombak. 

Indonesia dipilih sebagai tuan rumah G20 2022 menerusi proses penyerahan semasa sidang kemuncak di Rom, Itali, Oktober tahun lalu. 

Sejumlah negara anggota akan hadir ke Indonesia termasuk Amerika Syarikat. 

Indonesia bahkan menjadi tumpuan kerana menjemput Presiden Rusia, Vladimir Putin hadir ke persidangan itu ketika pencerobohan Moscow di Ukraine masih berlanjutan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya