Pilihan raya tempatan: Parti Konservatif kalah teruk di London    - Utusan Malaysia

Pilihan raya tempatan: Parti Konservatif kalah teruk di London   

Boris Johnson
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson gagal `mengekalkan kerusi kubu kuat’ tradisi di London dan kalah di beberapa kawasan lain dalam pilihan raya tempatan.

Keputusan awal itu dikeluarkan, di tengah-tengah pengundi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pentadbiran Johnson yang terpalit dengan beberapa siri skandal.  

Parti berhaluan kanan itu kalah di Wandsworth, salah sebuah kubu kuat Konservatif sejak 1978, sebahagian trend di London yang mana penduduk Britain menggunakan kuasa mengundi untuk menyuarakan kemarahan berhubung krisis kos sara hidup dan pelanggaran sekatan Covid-19 dilakukan oleh Johnson.  

Buat pertama kali, parti pembangkang, Parti Buruh memenangi kawasan Westminster, lokasi kebanyakan institusi kerajaan.

Parti Konservatif juga kalah di kawasan Barnet yang dimenangi oleh parti itu beberapa kali dalam pilihan raya tempatan sejak 1964.

“Hasil keputusan yang amat memberangsangkan. Percayalah ini adalah titik perubahan besar bagi kita daripada pilihan raya umum 2019,” kata pemimpin parti Buruh, Keir Starmer di hadapan penyokong di London.   

Memetik laporan agensi Anadolu, di seluruh England, sebanyak 140 majlis tempatan menyaksikan sebanyak 4,350 kerusi dipertandingkan, manakala 32 kerusi (Scotland) dan 22 (Wales).

Keputusan awal menunjukkan parti Konservatif kehilangan kerusi di kawasan pedalaman di bahagian selatan manakala sokongan untuk parti itu meningkat di kawasan tengah dan utara England.

Kekalahan teruk di London akan meningkatkan tekanan ke atas Johnson yang berjuang untuk `survival politik’ sejak beberapa bulan lalu. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya