YAOUNDE: Sebuah pesawat yang membawa 11 penumpang terhempas ketika cuaca ribut di kawasan hutan di tengah Cameroon, semalam.
Kementerian Pengangkutan Cameroon memaklumkan pengawal trafik udara dilaporkan terputus hubungan radio.
Pesawat itu kemudian dikesan di dalam hutan berhampiran Nanga Eboko, kira-kira 150 kilometer dekat timur laut ibu negara.
Jenis dan tahun pembuatan pesawat tidak didedahkan kepada umum dan pesawat itu difahamkan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Yaounde-Nsimalen ke Belabo.
Sumber rasmi memberitahu AFP, pesawat itu disewa oleh syarikat swasta, Syarikat Pengangkutan Minyak Cameroon yang menyelenggara saluran paip hidrokarbon antara Cameroon dan negara jiran, Chad.
Agensi berita Cameroon24 melaporkan tiada mangsa terselamat dalam nahas terbabit, namun belum disahkan secara rasmi.-AGENSI