Pengimport gandum di Asia berebut cari bekalan  - Utusan Malaysia

Pengimport gandum di Asia berebut cari bekalan 

INDIA menghentikan eksport gandum dalam usaha menangani ancaman keselamatan bekalan makanan negara itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengimport gandum di Asia kini berusaha mencari sumber bekalan baharu selepas India menghentikan eksport komoditi itu. 

Menurut seorang sumber perdagangan, pengimport terutamanya di Asia bergantung pada gandum dari India selepas eksport dari rantau Laut Hitam merosot berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

“Pengimport Asia berkemungkinan menghadapi masalah besar. 

“India merupakan alternatif Ukraine dan Russia terutamanya untuk gandum. Pengimport kini sedang mencari alternatif,” kata seorang peniaga gandum berpangkalan di Eropah di sebuah pusat perdagangan global.

Tambah sumber itu, pengimport di Asia malah mencari untuk membeli lebih banyak gandum Russia meskipun terdapat masalah pembayaran dikaitkan dengan sekatan ke atas bank Moscow dan peningkatan premium insurans perkapalan.

Baru-baru ini, kerajaan India menghentikan eksport gandum dalam usaha menangani ancaman keselamatan bekalan makanan negara itu susulan kenaikan mendadak dalam harga bijirin global.

Pengimport khususnya di Asia bergantung pada gandum dari India selepas eksport dari rantau Laut Hitam merosot berikutan insiden pencerobohan Russia di Ukraine pada 24 Februari lalu.

Russia dan Ukraine secara bersama menyumbang kira-kira 30 peratus daripada eksport gandum global.

Eksport gandum Ukraine terjejas teruk disebabkan perang memaksa negara itu menutup pelabuhan manakala eksport Russia pula dikenakan sekatan Barat.   

India yang merupakan pengeluar gandum kedua terbesar di dunia dianggap sebagai negara yang dapat membantu menampung kekurangan bekalan global terjejas akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Sementara itu, seorang lagi sumber berkata, peniaga yang mempunyai bekalan gandum menghadapi kerugian besar berikutan terpaksa membatalkan urus niaga eksport dan menjual semula di pasaran tempatan yang semakin lemah.

“Situasi itu sudah pun berlaku. Peniaga yang tidak mempunyai surat kredit terpaksa batalkan urusniaga.

“Saya menjangka bermula pertengahan Jun ini, tiada lagi penghantaran bekalan dari India,” katanya. – REUTERS    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya