Pelarian Ukraine rampas suami orang

Pelarian Ukraine rampas suami orang

ukraine
SOFIIA KARKADYM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bagai melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit. Itu peribahasa yang sesuai buat seorang pelarian dari Ukraine yang merosakkan rumah tangga pasangan suami isteri selepas diselamatkan.  

Bapa dua anak, Tony Garnett, 29, mengaku jatuh cinta dengan Sofiia Karkadym, 22, sehingga sanggup berpisah dengan isterinya, Lorna, 28, walaupun sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu.  

Pasangan itu mengambil Sofiia untuk tinggal dengan mereka serumah sejak awal Mei lalu.

Mereka juga mengambil Sofiia untuk memberikan layanan terbaik kepada pelarian Ukraine. 

Sofiia melarikan diri dari bandar Lviv di barat Ukraine akibat pencerobohan Russia di negara itu. 

Wanita itu mengaku dia jatuh hati dengan Tony ketika melihat pada pandangan pertama.  

Tony berkata, dia adalah individu pertama yang menghubungi Sofiia dalam Facebook dan menawarkan wanita itu tempat tinggal. 

Katanya, mereka mula menjalinkan hubungan yang baik serta kedua-dua anaknya berusia 10 dan tiga tahun turut menyukai wanita itu. 

Namun, hanya dalam tempoh 10 hari sahaja, kebahagian rumah tangga pasangan itu hancur selepas lelaki itu melarikan diri dengan wanita tersebut.    

Sofiia bekerja sebagai Pengurus Teknologi Maklumat dan terbang ke Manchester, 4 Mei lalu, setelah menunggu selama berminggu-minggu di Berlin sebelum visanya ke United Kingdom diluluskan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya