Nigeria: Sembilan maut akibat letupan tong gas - Utusan Malaysia

Nigeria: Sembilan maut akibat letupan tong gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Sembilan orang maut dalam satu kejadian letupan silinder gas di Kano, utara Nigeria.

Menurut pasukan penyelamat dan saksi, kejadian itu menyebabkan bangunan berhampiran pasar yang popular di wilayah itu, runtuh.

Memetik laporan Al Jazeera, insiden tersebut berlaku di kawasan Sabon Gari, semalam.

Ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan, Mustapha Habib Ahmed berkata, sebuah tong gas di kedai kimpalan meletup sehingga mengorbankan sembilan orang.

Pasukan kecemasan mengeluarkan mayat dari bawah runtuhan bangunan semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Sementara itu, saksi berkata, ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka dari sebuah sekolah berhampiran setelah mendapat tahu mengenai insiden letupan itu.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan pelajar sekolah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya