Mali putus hubungan pertahanan dengan Perancis - Utusan Malaysia

Mali putus hubungan pertahanan dengan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO: Kerajaan Mali memutuskan semua kerjasama pertahanan dengan bekas penjajah negara itu, Perancis.

Keputusan itu dibuat selepas tentera Perancis didakwa melakukan beberapa pelanggaran kedaulatan di negara tersebut.

Malah, kerajaan Mali menegaskan kerjasama ketenteraan dengan Perancis semakin merosot sejak kebelakangan ini.

Lapor BBC, jurucakap tentera Mali, Kolonel Abdoulaye Maiga menerusi satu kenyataan menegaskan Perancis telah melanggar ruang udara negara itu beberapa kali.

Mali juga memetik keputusan Perancis pada Jun tahun lalu untuk menamatkan operasi ketenteraan bersama dan mengundurkan tentera mereka dari negara tersebut.

Pihak berkuasa Mali mendakwa sudah memaklumkan keputusan tersebut kepada Perancis semalam.

Setakat ini, Perancis masih belum memberi sebarang maklum balas.

Hubungan antara Perancis dan Mali semakin terjejas selepas insiden rampasan kuasa pada 2000.

Media tempatan melaporkan Perancis tidak puas hati dengan keputusan Mali menggunakan jet pejuang dari syarikat Rusia, Wagner untuk menentang kumpulan militia walaupun junta menafikan berada di negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya