Mahu elak kesesakan, sekeluarga sewa ambulans untuk bercuti

Mahu elak kesesakan, sekeluarga sewa ambulans untuk bercuti

POLIS memeriksa ambulans yang membawa pelancong di Bogor, Jawa Barat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOR: Sebuah ambulans sukarelawan ditahan polis dalam satu operasi lalu lintas di Bogor, Jawa Barat kelmarin.

Hal ini kerana, ambulans tersebut memasuki jalan sehala di Simpang Gadog, Ciawi sambil menyalakan siren.

Setelah ditahan, polis melakukan pemeriksaan jika ambulans itu membawa pesakit.

Namun, telahan mereka silap apabila kenderaan itu sebenarnya membawa sejumlah keluarga yang ingin makan angin di Puncak Bogor.

“Terdapat tiga wanita, dua kanak-kanak dan empat lelaki termasuk pemandu di dalam ambulans tersebut.

“Selain itu, polis juga mendapati ambulans itu dipenuhi dengan sejumlah kelengkapan seperti sound system, bantal, permaidani dan bekalan makanan.

“Tiada langsung keperluan atau peralatan perubatan di dalamnya,” kata jurucakap polis Bogor, Danny kepada Kompas.com.

Katanya, ambulans itu ditahan selepas memasuki laluan bertentangan dan dipandu laju ke arah Puncak Bogor.

Jelas Danny, pemandu ambulans itu pada mulanya cuba menipu polis dengan memaklumkan dia dalam perjalanan ke hospital sebelum akhirnya mengaku tiada pesakit di dalam kenderaan itu.

“Polis kemudiannya meminta pemandu membuka ruang belakang ambulans dan menemukan keluarga berkenaan.

“Mereka semua mengakui naik ambulans kerana ingin segera sampai di Puncak Bogor.

“Sehubungan itu, pemandu berkenaan akan didakwa kerana menyalahgunakan aset kecemasan,” ujar Danny.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya