Lelaki melecur satu badan direnjat pistol elektrik ketika isi minyak

Lelaki melecur satu badan direnjat pistol elektrik ketika isi minyak

BAPA mangsa mendoakan anaknya sedar dan sembuh daripada kecederaan teruk yang dialami.-WFTV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Seorang penunggang motosikal berusia 26 tahun hampir maut akibat terbakar dan melecur tahap ketiga selepas ditembak dengan pistol perenjat elektrik oleh seorang anggota polis. 

Syerif Daerah Osceola, Marco Lopez menerusi sidang akhbar memaklumkan anggota polis yang terlibat ialah timbalan polis di daerah itu, David Crawford. 

Lopez berkata,Crawford melepaskan tembakan renjatan terhadap mangsa ketika dia mengisi minyak dan insiden tersebut menyebabkan letupan berlaku.

Lapor Daily Mail, kejadian itu juga menyaksikan Crawford mengalami kecederaan, namun tidak serius.

“Adakah lelaki ini layak menerima nasib sebegini? Jika dia bertahan sudah pasti hidupnya akan musnah.

“Sebahagian daripada kurikulum latihan yang diajar kepada setiap pegawai penguatkuasa undang-undang adalah menentukan penggunaan senjata yang sesuai. 

“Jelas sekali ini bukanlah persekitaran yang sesuai untuk menggunakan pistol perenjat elektrik,” kata Lopez. 

Merujuk dasar Jabatan Syerif Daerah Osceola, penggunaan pistol itu boleh menyebabkan kecederaan serius sekiranya berada di kawasan tinggi dan dikelilingi bahan mudah terbakar. 

“Pegawai penguatkuasa undang-undang berada di sana untuk melindungi masyarakat dan mereka perlu berpegang kepada piawaian yang lebih tinggi dan anggota tersebut perlu bertanggungjawab,” katanya. 

Mangsa, Jean Barreto masih bertarung nyawa dan terlantar di hospital manakala sehingga kini, polis belum mendedahkan motif tindakan Crawford yang merenjat mangsa. 

Sementara itu, ahli keluarga mangsa menuntut pihak berkuasa tertinggi supaya memantau siasatan yang dijalankan oleh pihak polis berhubung insiden itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya